Bakal Jadi Atlet, KJ Menteri Pertama Sertai Sukan SEA

Loading...
Like Page Kami Di Facebook!

Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan gelaran KJ ini akan menjadi menteri kerajaan pertama di Malaysia menyertai temasya sukan yang dianjurkan setiap dua tahun.

KJ juga bakal menjadi menteri belia dan sukan pertama di Malaysia berbuat demikian.

Pada Jumaat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Khairy merupakan salah seorang daripada 871 atlet yang mewakili Malaysia pada temasya sukan yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos.

MOM mengesahkan pemilihan Khairy sebagai salah seorang daripada tujuh anggota bagi acara polo berpasukan.

Sumber: mStar Online

Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*